BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 27, 2011

Jangan musnahkan kepercayaan yang diberi

Cinta..??? Ada masa ia menjadi duka, ada masa ia menjadi suka dan ada masa cintalah segala – galanya.
Cinta memerlukan kesetiaan, kejujuran dan juga kepercayaan. Ada apa dengan kepercayaan?

Kepercayaan ialah elemen yang paling penting dalam bercinta. Setiap pasangan mesti memberikan kepercayaan 100% kepada pasangannya supaya hubungan yang terbina akan kekal dan tidak goyah dilanda masalah, sama ada kecil ataupun besar.

Apa yang pasti, setiap kepercayaan yang di beri disertakan sekali dengan harapan dan kejujuran supaya ia terus kekal bermakna. Kepercayaan ni memang perlu dititik beratkan, ia bukan benda remeh dan kecil.

Diam tak diam, kepercayaan kepada seseorang perlu dipertahankan, jika tidak sesebuah hubungan pasti akan pudar dan hambar. Yelakan, mana boleh bercinta tanpa kepercayaan? Kita buat apa benda dan perkara sekalipun, kepercayaanlah yang dititikberatkan sama sekali. Tidak percaya maka tiadalah cinta.

Begitu sukar untuk memperoleh kepercayaan orang lain. Ingat senang ke nak meyakinkan orang lain kepada diri kita untuk memudahkan dia mempercayai diri kita, tapi amat – amat mudah bagi menghancurkan kepercayaan yang diberikan oleh orang lain.

Cinta jika bersama kepercayaan yang longgar pasti tidak akan bahagia.

Kenapa aku berkata sedemikian? Mesti ada 1001 sebab yang menyebabkan aku menyatakan ia. Ini kerana ;

-Seseorang yang tidak mempunyai kepercayaan yang kukuh kepada pasangannya akan memperolehi hubungan cinta yang amat perit.
-Ini berlaku apabila salah satu daripadanya “buat perangai” dan juga melakukan perkara yang dilarang serta tidak diduga oleh pasangannya.
-Setelah longgar kepercayaan, sudah tentu pelbagai pandangan negatif dan juga pemikiran yang tak sepatutnya terjadi difikir. Ia la, ia sudah tidak percaya lagi.
-Apabila kepercayaan hilang dan menjadi kronik, pelbagai masalah akan muncul serta umumnya akan berasa “dikongkong”
Oleh sebab itu, jaga dan peliharalah kepercayaan yang diberi oleh pasangan masing – masing supaya hubungan akan kekal kembang dan harum seperti biasa.

Tak guna kalau diri berdolak dalik dan terus mempertahankan ego masing – masing.

Apa tu suka?? Apa tu sayang??


Saya teruja untuk mengupas soal kekeliruan yang melibatkan antara suka dan sayang. Pada mulanya kita lihat antara dua perkataan ini membawa sebuah pengertian yang sama. Tetapi ternyata keduanya mungkin sama tapi tak serupa.

Jika kita menyukai seseorang itu tidak bermakna kita menyayanginya, tetapi jika kita menyayangi seseorang sudah pasti kita amat menyukainya.

J0m bandingkannya:-

Layanan
Suka – Si dia akan melayan anda sama seperti teman-teman yang lain sehingga anda merasakan tiada keistimewaan langsung untuk anda. Mungkin juga anda sering melakukan aktiviti bersama tetapi si dia lebih cenderung untuk menghabiskan masa sekadar berseronok dan bergembira sahaja. Dengan jelas dapat dilihat bahawa si dia hanya berkawan dengan anda untuk menghiburkan hatinya. Apabila anda sakit atau bermasalah, si dia sedia mendengarnya tetapi hanya sekadar menjadi pendengar tanpa sebarang tindakan yang boleh membantu.

Sayang – Sedar atau tidak cara si dia melayan anda tampak berbeza dari teman-teman yang lain. Si dia lebih mengambil berat tentang diri anda sama ada dari sudut jasmani mahupun rohani. Si dia turut gelisah dan susah hati tatkala anda dilanda sebarang masalah. Dari sudut yang lain, si dia sanggup menghulurkan sebarang bantuan tanpa minta dibalas. Ada ketikanya juga anda tidak sedar bahawa si dia telah menolong anda menyelesaikan beberapa perkara.

Topik Perbualan

Suka – Kebanyakan topik yang diperbualkan antara anda dan si dia adalah bersifat cakap kosong. Apabila berkumpul bersama teman-teman yang lain, dia dengan jelas bersekongkol untuk mengenakan anda. Bila berduaan pula si dia akan mengelak dari membicarakan soal peribadi atau perancangan masa hadapan. Si dia menyukai anda kerana sifat betah yang anda pamerkan ketika mengisi ruang perbualan dan tidak lebih dari itu.

Sayang – Kala bersama teman-teman yang lain, si dia menunjukkan sifat defensif terhadap diri anda. Si dia seboleh mungkin akan cuba mempertahankan anda apabila ada di antara teman yang berkata buruk tentang diri anda. Walaupun dengan nada lembut, si dia akan terus menyokong anda. Bila berkesempatan, si dia tanpa rasa segan silu untuk meluahkan kegembiraan mahupun kedukaan terhadap anda. Pada waktu tertentu pula, topik perbualan antara anda dan si dia akan menjurus ke arah pembinaan sebuah institusi keluarga atau perancangan di masa hadapan bersama. Dalam ertikata lain, si dia sedia berterus-terang meluahkan perasaannya kepada anda.

Aktiviti dan Pergaulan

Suka - Mungkin anda dan si dia selalu melakukan sebarang aktiviti bersama terutama sekali aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan.
Secara zahirnya anda lihat dia gembira ketika melakukan aktiviti tertentu bersama anda, tetapi ada ketikanya dia seakan-akan cuba mengelak dari anda. Berkemungkinan juga si dia tidak mahu dilihat begitu rapat dengan anda ketika bersama teman-teman yang lain.

Sayang – Walau apa jua aktiviti yang ingin dilakukan, si dia seboleh mungkin mahu anda turut serta. Dengan penuh kesungguhan si dia akan berusaha untuk memastikan hari yang dilalui bersama itu bermakna kepada dirinya dan anda. Si dia akan bertegas dengan dirinya agar tidak melakukan sebarang kesilapan yang akan melukakan hati anda. Walaupun ada sesetengah perkara itu menjengkelkan, si dia akan cuba menyembunyikan perasaan jengkel itu demi menjaga hati anda. Namun begitu, ini tidak bermakna anda perlu berpura-pura menjadi seorang yang sempurna.

Perwatakan dan Sifat

Suka – Ketika si dia menghadapi kesukaran, dia akan mempamerkan kemesraan yang luarbiasa. Si dia akan melayan anda dengan sebaik-baiknya dengan harapan agar anda dapat menghulurkan bantuan. Mungkin pada waktu begini anda merasakan yang si dia sayangkan anda tetapi sebenarnya tidak. Si dia hanya sukakan anda kerana anda boleh menjadi seorang kawan yang baik hati.Si dia tidak pernah ambil kisah tentang penampilan anda. Dari segi pakaian contohnya, si dia hanya akan memuji walaupun pada hakikatnya cara pemakaian anda itu tidak bersesuaian dengan tempat dan situasi tertentu.

Sayang - Ketika menghadapi sebarang kesulitan, si dia seterdaya mungkin akan menyembunyikannya. Tindakan si dia sebenarnya sangat murni jika dihalusi kerana tidak mahu anda turut terjerumus ke dalam masalah yang sedang dihadapinya. Tetapi, jika anda juga menyayangi si dia sudah pasti anda dapat menghidu perwatakannya yang cuba merahsiakan sesuatu.Si dia akan menunjukkan rasa tidak suka dengan cara pemakaian anda yang keterlaluan dan baragkali terlalu seksi pada pandangan matanya. Bukan kerana cemburu, tetapi si dia tidak mahu anda dijadikan bahan bual bicara sesiapa sahaja yang melihat. Di sinilah anda dapat lihat sifat prihatin si dia tehadap anda.

KESIMPULAN

Walau suka atau sayang, kita seharusnya menghindari sifat kepuraan. Jangan sesekali kita menjadikan kepuraan itu sebagai pegangan. Kita mesti bersifat berani untuk menonjolkan perwatakan sendiri. Tidak perlu rasa takut untuk menjadi diri sendiri kerana dengan menjadi diri sendiri kita akan mampu membina keyakinan. Mungkin ada teguran yang menyakitkan, tetapi kita harus meletakkan setiap kritikan itu sebagai suatu panduan untuk kita memperbaiki kesilapan. Yang baik jadikan tauladan, jika buruk kita lemparkan sejauh mungkin

Saturday, March 26, 2011

Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.




Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.

Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.

Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.